Thursday, February 4, 2010

KELEBIHAN MEMBERI SALAM


PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 ) 
Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum warhmatulLah.Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.
Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang.Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 ) 
Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :
1.      Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
1.      Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)
2.      Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut: Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.  
3.      Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk. Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai. Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua. Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur. Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis. 
4.      Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong. 
5.      Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat. 
6.      Disunatkan memberi salam kepada anak-anak. 
7.      Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.” Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak. 
8.      Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain. 
9.      Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang
solat, bisu atau jarak yang agak jauh. 
10.Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram. 
11.    Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam. 
Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya. 
Sumber: Al-Azkar  dan Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah. Terperinci, sila  rujuk dalam majalah Solusi isu 13 yang akan berada di pasaran pada awal Bulan November 2009.

INFO KHASIAT BUAH PISANG


Assalamualaikum  and Salam Sejahter a,

Khasiat Buah Pisang



Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. 

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. 

Tekanan: 
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. 
PMS: 
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampumeneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda. 
Anemia: 
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. 

Tekanan Darah Tinggi: 
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. 
Kuasa Minda: 
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). 
Penghadaman: 
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. 
Keletihan: 
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. 
Panas Jantung: 
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. 

Demam Pagi: 
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi. 
Gigitan Nyamuk: 
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. 
Saraf: 
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda 

Obesiti dan Tekanan Kerja
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlumengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang. 

Ulser: 
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita. 
Kawalan Suhu: 
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool). 
Seasonal Affective Disorder (SAD): 
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita. 
Ketagihan Rokok & Tembakau: 
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh 

Stress: 
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. 

Strok: 
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! 
Lain-lain Penyakit Kulit: 
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah 
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. 

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!â€
 

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. 
Menakjubkan!

CIRI-CIRI KESELAMATAN

CIRI-CIRI KESELAMATAN DI PRASEKOLAH YANG PERLU DIUTAMAKA


Menggunakan alatan permainan yang diperbuat daripada plastik
- Ia boleh mengurangkan risiko kecederaan di kalangan kanak-kanak semasa
 
bermain.
Mengawasi kanak-kanak
-
Guru sentiasa memantau dan mengawasi kanak-kanak ketika mereka
  
bermain. Kanak-kanak yang terlalu lasak di berikan perhatian yang
  
lebih bagi mengelakkan sebarang pergaduhan.
 
Penggunaan selipar ke tandas
-
kanak-kanak yang ingin ke tandas harus memakai selipar. Ia bagi
  mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh jika lantai licin.

Pembalutan span pada tiang yang keras
- membalut tiang atau bucu yang tajam menggunakan span bagi
 
mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada kanak-kanak. Meja
 
segiempat tidak digunakan sebaliknya diganti dengan meja bulat yang
 
lebih selamat.
Mewujudkan kawasan larangan
-    Dapur merupakan kawasan larangan bagi kanak-kanak. Mereka
     tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur kecuali ketika
     mengambil makanan.
Kawasan longkang ditutup
-Longkang dan lubang ditutup menggunakan papan penutup. Ia bagi
 mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh ketika bermain.
Larangan menggunakan pensel warna yang tajam
Kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan pensel warna yang terlalu
   tajam.Semasa kanak-kanak mewarna,guru sentiasa memeriksa keadaan  
   pensel warna mereka.
Wayar-wayar elektrik dijauhkan dari kanak-kanak
- Guru sentiasa memastikan wayar-wayar ini berada di tempat yang tinggi dan
   tidak berserabut.Kanak-kanak juga dilarang mendekati wayar-wayar ini.
Lantai kelas haruslah sentiasa bersih dan kering
- Guru sentiasa meneliti keadaan lantai prasekolah.Lantai harus kering dan
   bersih. Ini kerana,kanak-kanak gemar berlari dalam kelas mereka.Lantai
   yang licin boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.
Pintu pagar ditutup mengikut waktu
- Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.30 pagi setiap hari. Ia bagi
  mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan prasekolah dan
  ini akan membahayakan kanak-kanak.
Pinggan dan cawan plastik digunakan
- Kanak-kanak menggunakan pinggan dan cawan daripada plastik ketika
  makan. Jika perkakas ini terjatuh,ia masih boleh bertahan dan tidak
  mengundang risiko kecederaan kepada kanak-kanak berbanding jika
  menggunakan perkakas kaca.




PETUA CIK PAH

Khasiat bawang putih
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.



Cuba lah petua ini inshaalah...

RESEPI PENCUCI MULUT


AGAR-AGAR CERMIN

Bahan-Bahan:
1 pkt Agar- Agar (direndam dan ditoskan)
½ pkt gula (packet 1 kg)
secubit garam
2-3 helai daun pandan
Air secukupnya
Perwarna merah, hijau, dan kuning
Cara:
Air di didihkan and masukkan agar - agar. Kacau sehingga sabati dan masukkan secubit garam dan daun pandan. Setelah menjadi pekat. Kecilkan api. Ambil sedikit agar- agar dalam piring cawan dan campurkan sedikit perwarna merah. Buat yang sama untul warna hijau dan kuning. kemudian sejukkan 3 piring tersebut dalam peti sejuk bahagian ais batu. Tunggu beberapa minit dan setelah keras potong dadu kesemua 3 piring tersebut. Agar- Agar cair kemudian dituang ke dalam acuan yang mempunyai lubang di tengah - tengah. Masukkan ketiga-tiga warna dalam agar-agar tersebut da, kacaukan. Kemudian sejukkan.
Cadangan Hidangan:
Hiaskan Agar - Agar dalam plate. Kemudian hiaskan dengan buah anggur ungu di tengah-tengah dan juga di tepi piring.
Semasa Menghidangkan, Potong agar- agar dan lettakkan beberapa biji anggur dalam mangkuk kecil da letakkan satu scope ais-cream.
Tambahan:
Hidangan ini murah tapi bergaya macam kat hotel.

RESEPI MEE BANDUNG MAKNGAH

Mee Bandung




Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

Wednesday, February 3, 2010

PEBURU DENGAN BURUNG MURAI

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.  Burung itu bertanya, "Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Pemburu itu menjawab "Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau 
tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau  memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman pepmbutu itu. Nasihat yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di dahan pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, “Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal”.


Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Disampaikannya nasihat yang kedua, “Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti”.

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang ! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram”.

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung muraiSi pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!” Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!”

Si burung murai menjawab,"Alangkah bodohnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan kedua-duanya. Kau percaya pada perkara yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganku. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik  seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku  tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau bodoh!”
 
Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen orang bodoh seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si pemburu yang termenung akan ketamakannya itu.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian, itulah contoh betapa tamak halobanya sebahagian golongan daripada manusia, kelabu mata daripada mengetahui kebenaran. Kerana apa ya? Hmmm.. kerana hilangnya sifat qanaah (berasa cukup dengan apa yang ada). Tidak mustahil kerana sifat tamak, kita akan terheret kepada perbuatan-perbuatan yang mungkar seperti mencuri, menerima rasuah dan sebagainya yang akhirnya merosakkan maruah kita. 

INGAT TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



KENALI TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK





Imam Ghazali
  1. Kanak-kanak perlu dididik sejak lahir dan diajar mengenal huruf, menulis dan membaca
  2. Beri pendidikan agama berlandaskan al-Quran dan hadis
  3. Beri latihan jasmani
  4. Amalkan budi pekerti mulia
  5. Dilatih mempunyai sifat berani, rendah diri, sabar dan menghormati orang tua
  6. Beri nasihat ke atas kesalahan
  7. Dibimbing tentang kewajipan terhadap agama dan hukum Islam
  8. Diawasi ibu bapa kerana mereka mudah terpengaruh oleh persekitaran dan tingkah laku masyarakat.
Ibnu Khaldun
  1. Kanak-kanak perlu diajar secara tersusun
  2. Belajar menggunakan pancaindera dan diberi contoh mudah dan konkrit
  3. Didedahkan dengan contoh teladan yang baik
  4. Diajar membaca al_Quran sebelum menghafalnya
  5. Menerima bimbingan dengan lemah-lembut
  6. Hanya ajar satu perkara pada satu jangka masa.
Friedriech Wilhelm Froebel (1782-1852)

  1. Beliau merupakan seorang pengasas taman kanak-kanak atau kindergartens-children's garden.
  2. Dikenali juga sebagai father of kindergarten.
  3. Beliau menganggap bahawa Pestalozzi tidak mendalami kesesuaian pengajaran dengan konsep semulajadi kanak-kanak.
  4. Beliau telah memulakan sekolah untuk kanak-kanak di Blakenburg, Jerman pada tahun 1837.
  5. Beliau berpendapat bahawa semua yang terdapat di alam ini berfungsi kerana Tuhan dan setiap orang mempunyai tujuan tertentu untuk dipenuhi dalam kehidupan ini.
  6. Bermain adalah asas untuk kanak-kanak berfikir berkenaan interaksi antara kehidupan dan aktiviti bersendiri, pemikiran dan tindakan, perwakilan dan kognisi serta kebolehan dan pemahaman.
  7. Kindergarten sebagai jambatan dari rumah ke sekolah.
  8. Gift atau bahan bentuk semulajadi membantu kanak-kanak meneroka dan memahami hubungan dengan alam semesta.
  9. Apabila kanak-kanak melaksanakan sesuatu pekerjaan, mereka menstruktur semula idea sendiri dan bukan hanya meniru aksi tanpa memikirkannya.
  10. Mempelajari lagu sambil fingerplay dapat mengekalkan minat, rasa ingin tahu dan motivasi.
  11. Pengaruh Froebel pada masa kini adalah pada pembelajaran yang menitikberatkan proses pembelajaran melalui bermain, kepentingan penggunaan bahan manipulatif dan pembelajaran aktif.
Maria Montessori (1870-1952)
  1. 1906 menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak istimewa
  2. Menyokong Froebel dalam aktiviti bermain.
  3. Beliau menyatakan bahawa dalam keadaan bermain, kanak-kanak sebenarnya 'bekerja' bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran
  4. Kanak-kanak digalakkan menggunakan alat deria bagi meneroka persekitaran dan menambahkan ilmu pengetahuan
  5. Kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti apabila mereka cukup menunjukkan kesediaan belajar.
  6. Konsep asas beliau:
  • Minda yang mudah menyerap kejadian di sekeliling dan menyusun pengalaman ini
  • Persekitaran yang tersedia iaitu persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan
  • Didikan diri iaitu pembelajaran berbentuk 'betul diri'-meniru dan mengulang
  • Bahan pembelajaran-bahan untuk latihan dalam kemahiran hidup, bahan sensori, bahan akademik, bahan seni dan budaya
7. Tempoh sensitif-tempoh paling sesuai untuk menguasai sesuatu kemahiran
8. Ibu bapa perlu diberi pengetahuan dalam membimbing anak
9. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri
10. Kanak-kanak yang biasa berdikari akan meneruskannya hingga dewasa
11. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas
12. Bahan pembelajaran yang dibentuk melatih kanak-kanak

MERANGSANG MINDA SI KECIL



Merangsang otak si kecil


DAYA sensitiviti kanak-kanak sangat tinggi, menurut Dr. Mastura. Secara semula jadi katanya, kanak-kanak amat sensitif, mudah rasa takut, cepat marah dan selalu dilanda perasaan cemburu.

Antara sifat semula jadi kanak-kanak yang lain:

1. Perasaan ingin tahu yang tinggi. Itulah sebabnya kanak-kanak tidak boleh duduk diam dan meneroka sahaja apa yang ada di sekitar mereka. Mereka belajar melalui "first hand experience." Ibu bapa perlu melibatkan anak-anak dengan aktiviti pembelajaran tidak langsung secara praktikal.

2. Daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Ia bergantung pada umur kanak-kanak dan perlu dipupuk serta digalakkan. Daya kreativiti yang tinggi dapat menggarap potensi kanak-kanak menjadi seorang yang inovatif. Namun adakalanya kata Dr. Mastura, ibu bapa berpendapat anak suka berbohong. Tapi, sebenarnya mereka tidak berbohong sebaliknya berimaginasi.

3. Perkembangan bahasa yang cepat. Berlaku dengan pantas dan mereka mudah menguasai sesuatu bahasa asing jika digunakan setiap hari. Bahasa membantu kanak-kanak menyampaikan keinginan dan perasaan. Tindak balas yang positif dan cara komunikasi yang betul dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa yang dipelajari.

4. Kecenderungan menyusun dan membongkar barang. Apabila otot mula berkembang, kanak-kanak akan terdorong untuk mengumpul, menyusun barang-barang dan kemudian menyepahkan semula barang tersebut. "Kanak-kanak secara semula jadi tidak suka melihat barang yang tersusun rapi. Jika anak suka barang tersusun, mungkin dia ada masalah lain seperti autisme. Jadi, sekiranya ingin menyusun atau mengemas sesuatu barang, jangan lakukan di depan anak," kata Dr. Mastura.

Bagaimana menjana potensi

"Sebagai ibu bapa, jangan lupa menyimpan rekod perkembangan dan peningkatan anak," kata beliau.

Dalam pada itu, Dr. Mastura turut berpesan agar jangan membandingkan antara satu anak dengan yang lain kerana pastinya setiap individu itu berbeza pencapaian dan perkembangannya.

Yang penting katanya, kenal pasti kekuatan anak dan bantu mereka mengatasi kelemahan atau kekurangan yang dimiliki.

Selain itu kata beliau, jangan lupa berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak sepanjang masa.

"Untuk menjadi seorang ibu bapa yang responsif dan efektif, kita perlu mendengar luahan anak," katanya.

Juga perlu sentiasa puji dan beri anak galakan supaya mereka rasa dihargai.

"Jangan lupa memberi ganjaran seandainya anak berjaya namun jangan berlebihan," katanya.

Anak juga katanya perlu diberi peluang untuk berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa.

"Sebagai ibu bapa, tunjukkan tauladan yang baik kepada anak. Ingat, setiap perlakuan yang kita lakukan, sentiasa diperhati oleh anak dan tidak mustahil dia akan menirunya kelak," katanya.

Akhir sekali Dr. Mastura turut berpesan kepada ibu bapa agar menghormati dan hargai perasaan anak.

"Perkukuh pandangan anak terhadap potensi diri mereka. Jangan kita perlekeh usaha dan pencapaian mereka, tambahan lagi jika di depan orang lain," katanya.

"Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik terutama kanak-kanak. Barang siapa yang ditarbiah secara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat."

Sumber:Mingguan Malaysia; Ahad, 27 Disember 200
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my


BERMAIN MEMBENTUK ANAK CEMERLANG

HIDUP sebagai kanak-kanak dalam persekitaran hari ini nyata mencabar. Persaingan antara mereka cukup ketara terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam kelas.

Pada masa sama, ramai ibu bapa yang berasa kanak-kanak kini bukan saja perlu bijak belajar malah perlu membabitkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadikan mereka individu serba boleh.

Perunding Persatuan Terapi Permainan dan Ekspresif Selangor (Sapet), Andrew Ng berkata, dalam mengejar kepelbagaian tuntutan itu, ibu bapa mesti memastikan anak mereka dapat menggunakan potensi mereka sepenuhnya dengan memberi peluang bermain.

"Justeru, jadual yang seimbang dan terurus penting dalam gaya hidup kanak-kanak. Dengan menguruskan jadual anak dan memperuntukkan masa untuk tujuan tertentu, kanak-kanak akan lebih fokus kepada tugas yang perlu dilakukan," katanya yang juga Pengarah Play & Expressive Arts ini.

Menurut pakar psikologi perkembangan Piaget (1962), bermain merapatkan jurang antara pengalaman konkrit dan pemikiran abstrak.
Ia memperlihatkan kepentingan bagi kanak-kanak untuk belajar menerusi permainan, sama ada dalam bentuk permainan kreatif, sukan, riadah, seni, muzik, tarian, penceritaan, permainan boneka atau drama.

"Hakikatnya, ibu bapa perlu menguruskan masa anak mereka dan memasukkan aktiviti kokurikulum seperti bermain secara bebas dan bersukan dalam jadual mereka.

"Ini bertujuan menggalakkan kecemerlangan akademik serta perkembangan fizikal, mental, sosial dan pembangunan diri.

"Kita mengetahui kanak-kanak yang aktif dalam aktiviti fizikal seperti sukan dan permainan juga menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik. Hubungan ini terjalin menerusi pembangunan deria-motor ketika melakukan aktiviti fizikal, khususnya ketika bermain dan bersukan.

"Selain itu, kita mengetahui aktiviti fizikal dapat meningkatkan kemahiran matematik dan menggalakkan pembangunan fizikal kanak-kanak menerusi pertumbuhan otot, tulang dan sendi bagi membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya," katanya yang juga ahli panel sesi dialog Nestle(R) Milo(R) baru-baru ini yang membincangkan keperluan untuk memperuntukkan masa bermain melalui sukan dalam gaya hidup kanak-kanak.

Menerusi peruntukan masa untuk anak bermain setiap hari, menurutnya, ibu bapa menyediakan saluran yang baik untuk mereka mengasah bakat serta kemahiran fizikal dan mental anak masing-masing.

Kanak-kanak yang bersukan sering berhadapan dengan pelbagai pilihan dan keputusan mengenai cara untuk mengatasi sesuatu rintangan atau halangan. Mereka turut terdedah kepada keadaan untuk mengatasi sesuatu situasi mencabar.

Menurut Ng, semua itu memerlukan pemikiran kognitif, kreativiti dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Begitu juga dalam permainan, seseorang kanak-kanak bukan sahaja aktif secara fizikal, tetapi juga terbabit secara kognitif dalam banyak latihan mental.

Di samping itu, interaksi dalam permainan secara berkumpulan menerusi sukan akan menanam nilai seperti semangat setia kawan, saling menghormati antara satu sama lain dan patuh kepada peraturan permainan.

"Ini penting untuk pembangunan sosial kanak-kanak apabila mereka menghadapi situasi sama dalam persekitaran kerja apabila mereka dewasa.

"Ketika bermain, kanak-kanak juga terdedah kepada peluang yang membolehkan mereka belajar dan menemui ciri baru dalam diri mereka sendiri.

"Tahap kesedaran, pemahaman dan pembangunan diri sendiri dipertingkatkan menerusi pengetahuan yang lebih baik mengenai kekuatan dan kelemahan mereka, apa yang disukai dan tidak disukai, serta keupayaan sebagai seorang insan.

"Semua ini sedikit sebanyak akan membantu membentuk mereka menjadi insan yang peka, yakin dan sihat apabila dewasa," katanya.

Seperti yang ditekankan pendidik terkenal Friedrich Froebel (1782 - 1852) dari Jerman, kanak-kanak bermain bukan sekadar untuk bersukan, tetapi membawa banyak makna dan kesan.

Pengalaman selama bertahun-tahun sebagai pakar terapi membolehkan pendidik terbabit membuat kesimpulan permainan dan sukan sebahagian daripada pembangunan yang penting kepada pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak untuk menjadikan mereka individu serba boleh pada masa depan.

Sumber: Harian Metro Online