Tuesday, October 26, 2010

PRINSIP ABP

Prinsip ABP

·         Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor saling berkait dan mempengaruhi antara satu samalian.
·         Perkembangan berlaku mengikut urutan.
·         Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza
·         Perkembangan adalah berterusan
·         Perkembangan adalah berperingkat-peringkat
·         Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran
·         Kanak-kanak adalah pelajar aktif
·         Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak
·         Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar
·         Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran
·         Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan kanak-kanak

Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomoto saling berkait dan
mempengaruhi antara satu sama lain.

Kanak-kanak prasekolah sudah semestinya berkembang mengikut dalam domain fizikal, sosial, emosi dan kognitif yang saling berkitan antara satu sama lain. Perkembangan salah satu domain akan mempengaruhi perkembangan dalam domain lain. Kanak-kanak memerlukan perkembangan yang menyeluruh dalam semua domain.
Implikasi
Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain.

Perkembangan berlaku mengikut urutan.

Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut urutan dengan diikuti oleh kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan selari dengan umur mereka. Serta tahap kemahiran mereka.
Implikasi
Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya.



Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza

Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan yang berbeza. Kanak-kanak adalah unik dan berbeza antara satu sama lain dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, gaya pembelajaran, pengalaman dan latar belakang keluarga. Guru harus menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai sengan mereka.
Implikasi
Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka.

Perkembangan adalah berterusan

Setiap kanak-kanak berkembang secara berterusan. Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka.
Implikasi
Guru harus peka akan pengalaman sedia ada murid, dan merancang aktiviti boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran bermakna.

Perkembangan adalah berperingkat-peringkat.

Perkembangan kanak-kanak berlaku dalam konteks sosio budaya mengikut arah yang lebih komplek.
Implikasi
Guru harus menyediakan aktiviti untuk murid meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman sebenar menggunakan pelbagai media seperti  membina, melkis, bermain peranan , berbual dan melakar.

Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran

Pembudayaan keluarga merupakan faktor utama baka dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Persekitaran merupakan juga salah satu faktor yang membantu perkembangan kanak-kanak. Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran murid iaitu berlaku dalam kontek sosio budaya keluarga yang berbeza, komuniti dan masyarakat setempat yang saling berkaitan antara satu sama lain.
Implikasi
Guru harus mempelajari dan memahami sosi budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran muris tersebut serta menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke peringkat optima.


Kanak-kanak adalah pelajar aktif

Kanak-kanak adalah pelajar aktif dan memahami persekitaran dunia mereka daripada pengalaman di rumah, di tadika dan dalam komuniti.
Implikasi
Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk membantu murid memahami dunia mereka.

 Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak

Konsep bermain sambil belajar adalah penting sebagai alat untuk meningkatkan perkembangan sosial, emosi, rohani, dan kognitif seseorang kanak-kanak.
Implikasi
Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat yang optimum.

Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar

Proses perkambangan kanak-kanak akan menjadi lebih cepat apabila mereka diberi peluang untuk melatih kemahiran. Kemahiran-kemahiran yang baru atau menjalankan aktiviti yang kebih mencabar.
Implikasi
Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan merangsang minda murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka.



Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran

Murid boleh menunjukkan pelbagai cara mengenai apa yang mereka tahu daripada pengalaman pembelajaran mereka. Mereka menunjukkan pelbagai gaya pembelajaran seperti visual, auditori atau kinestetik.
Implikasi
Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai.


Penglibatan Komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanakkanak
Perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid berlaku dengan baik kontek komuniti di mana mereka berasa selamat, dihargai dan keperluan dipenuhi.
Implikasi
Guru haris memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan,
kesihatan dan keselamatan murid.