Monday, December 28, 2009

SELAMAT TAHUN BARU

SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH SKPTM.
SEMOGA TAHUN 2010 KITA SEMUA DAPAT MERIALISASIKAN VISI SEKOLAH BERSAMA GURU BESAR BARU IAITU EN. MD RIJANI BIN MD IBRAHIM UNTUK MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT SEBUAH SEKOLAH YANG TERBILANG.
KEPADA WARGA PRASEKOLAH TERUSKAN HARAPAN DAN CITA-CITA UNTUK JADIKAN PRASEKOLAH KITA SEBUAH PRASEKOLAH YANG TERBILANG.


UNIT PRASEKOLAH
SKPTM

Thursday, November 19, 2009

TAKLIMAT KSPK/ LINUS

Pada 19 November 2009 satu taklimat ringkas KSPK / LINUS telah diadakan untuk semua guru-guru prasekolah di Seberang Perai Selatan . Taklimat ini disampaikan oleh Pn Hjh Siti Zaleha Bt Ibrahim (Penyelia Sekolah Rendah ). Taklimat ini diadakan di PKG SG BAKAP.Taklimat bermula jam 2.30 petang dan tamat 4.30 petang.


BULAN KECERGASAN

Bulan Kecergasan merupakan satu program yang memberi pendedahan dan pengetahuan  kepada warga sekolah termasuk kanak-kanak prasekolah mengenai kecergasan dan penjagaan kesihatan diri.  Pelbagai aktiviti yang diadakan di dalam program ini. antaranya ialah bola beracun, senam aerobik, mengejar buih sabun ,pertandingan bercerita tentang kesihatan dan pertandingan mewarna. Bulan kecergasan ini diadakan pada bulan Julai yang lalu. 

Tuesday, November 17, 2009

Anugerah Kunci Emas 2009

Pada 17 November 2009  satu perjumpaan guru-guru prasekolah bersama guru-guru besar di adakan di dewan Bosch Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang . Program ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pengurusan cemerlang dan Anugerah Kunci Emas 2009 kepada sekolah-sekolah yang berjaya. Tahniah kepada Prasekolah SK Taman Merak dari daerah selatan kerana menjadi Johan.

KONVOKESYEN 2009

Prasekolah SKPTM telah mengadakan Konvokesyen Prasekolah pada 6 November 2009 yang lalu. Ini adalah konvokesyen pertama yang diadakan tanpa gabungan program sekolah yang lain. Program ini telah mendapat sambutan dari para waris dan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Md Rijani Bin Md Ibrahim. Majlis ini juga dihadiri oleh Pengerusi badan Permuafakatan prasekolah Iaitu En Said Bin Saidin dan YDP PIBG SKPTM 2009 Dr Ridzuan.
Warga Prasekolah SKPTM mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru, murid dan waris yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program hari konvokesyen pada tahun ini. 









Saturday, October 31, 2009

Friday, October 30, 2009

SERONOKNYE



NANTIKAN KELUARAN KAMI