Tuesday, November 17, 2009

KONVOKESYEN 2009

Prasekolah SKPTM telah mengadakan Konvokesyen Prasekolah pada 6 November 2009 yang lalu. Ini adalah konvokesyen pertama yang diadakan tanpa gabungan program sekolah yang lain. Program ini telah mendapat sambutan dari para waris dan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Md Rijani Bin Md Ibrahim. Majlis ini juga dihadiri oleh Pengerusi badan Permuafakatan prasekolah Iaitu En Said Bin Saidin dan YDP PIBG SKPTM 2009 Dr Ridzuan.
Warga Prasekolah SKPTM mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru, murid dan waris yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program hari konvokesyen pada tahun ini. 









No comments:

Post a Comment