Thursday, February 4, 2010

RESEPI MEE BANDUNG MAKNGAH

Mee Bandung




Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

Wednesday, February 3, 2010

PEBURU DENGAN BURUNG MURAI

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.  Burung itu bertanya, "Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Pemburu itu menjawab "Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau 
tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau  memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman pepmbutu itu. Nasihat yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di dahan pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, “Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal”.


Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Disampaikannya nasihat yang kedua, “Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti”.

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang ! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram”.

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung muraiSi pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!” Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!”

Si burung murai menjawab,"Alangkah bodohnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan kedua-duanya. Kau percaya pada perkara yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganku. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik  seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku  tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau bodoh!”
 
Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen orang bodoh seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si pemburu yang termenung akan ketamakannya itu.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian, itulah contoh betapa tamak halobanya sebahagian golongan daripada manusia, kelabu mata daripada mengetahui kebenaran. Kerana apa ya? Hmmm.. kerana hilangnya sifat qanaah (berasa cukup dengan apa yang ada). Tidak mustahil kerana sifat tamak, kita akan terheret kepada perbuatan-perbuatan yang mungkar seperti mencuri, menerima rasuah dan sebagainya yang akhirnya merosakkan maruah kita. 

INGAT TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



KENALI TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK





Imam Ghazali
  1. Kanak-kanak perlu dididik sejak lahir dan diajar mengenal huruf, menulis dan membaca
  2. Beri pendidikan agama berlandaskan al-Quran dan hadis
  3. Beri latihan jasmani
  4. Amalkan budi pekerti mulia
  5. Dilatih mempunyai sifat berani, rendah diri, sabar dan menghormati orang tua
  6. Beri nasihat ke atas kesalahan
  7. Dibimbing tentang kewajipan terhadap agama dan hukum Islam
  8. Diawasi ibu bapa kerana mereka mudah terpengaruh oleh persekitaran dan tingkah laku masyarakat.
Ibnu Khaldun
  1. Kanak-kanak perlu diajar secara tersusun
  2. Belajar menggunakan pancaindera dan diberi contoh mudah dan konkrit
  3. Didedahkan dengan contoh teladan yang baik
  4. Diajar membaca al_Quran sebelum menghafalnya
  5. Menerima bimbingan dengan lemah-lembut
  6. Hanya ajar satu perkara pada satu jangka masa.
Friedriech Wilhelm Froebel (1782-1852)

  1. Beliau merupakan seorang pengasas taman kanak-kanak atau kindergartens-children's garden.
  2. Dikenali juga sebagai father of kindergarten.
  3. Beliau menganggap bahawa Pestalozzi tidak mendalami kesesuaian pengajaran dengan konsep semulajadi kanak-kanak.
  4. Beliau telah memulakan sekolah untuk kanak-kanak di Blakenburg, Jerman pada tahun 1837.
  5. Beliau berpendapat bahawa semua yang terdapat di alam ini berfungsi kerana Tuhan dan setiap orang mempunyai tujuan tertentu untuk dipenuhi dalam kehidupan ini.
  6. Bermain adalah asas untuk kanak-kanak berfikir berkenaan interaksi antara kehidupan dan aktiviti bersendiri, pemikiran dan tindakan, perwakilan dan kognisi serta kebolehan dan pemahaman.
  7. Kindergarten sebagai jambatan dari rumah ke sekolah.
  8. Gift atau bahan bentuk semulajadi membantu kanak-kanak meneroka dan memahami hubungan dengan alam semesta.
  9. Apabila kanak-kanak melaksanakan sesuatu pekerjaan, mereka menstruktur semula idea sendiri dan bukan hanya meniru aksi tanpa memikirkannya.
  10. Mempelajari lagu sambil fingerplay dapat mengekalkan minat, rasa ingin tahu dan motivasi.
  11. Pengaruh Froebel pada masa kini adalah pada pembelajaran yang menitikberatkan proses pembelajaran melalui bermain, kepentingan penggunaan bahan manipulatif dan pembelajaran aktif.
Maria Montessori (1870-1952)
  1. 1906 menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak istimewa
  2. Menyokong Froebel dalam aktiviti bermain.
  3. Beliau menyatakan bahawa dalam keadaan bermain, kanak-kanak sebenarnya 'bekerja' bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran
  4. Kanak-kanak digalakkan menggunakan alat deria bagi meneroka persekitaran dan menambahkan ilmu pengetahuan
  5. Kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti apabila mereka cukup menunjukkan kesediaan belajar.
  6. Konsep asas beliau:
  • Minda yang mudah menyerap kejadian di sekeliling dan menyusun pengalaman ini
  • Persekitaran yang tersedia iaitu persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan
  • Didikan diri iaitu pembelajaran berbentuk 'betul diri'-meniru dan mengulang
  • Bahan pembelajaran-bahan untuk latihan dalam kemahiran hidup, bahan sensori, bahan akademik, bahan seni dan budaya
7. Tempoh sensitif-tempoh paling sesuai untuk menguasai sesuatu kemahiran
8. Ibu bapa perlu diberi pengetahuan dalam membimbing anak
9. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri
10. Kanak-kanak yang biasa berdikari akan meneruskannya hingga dewasa
11. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas
12. Bahan pembelajaran yang dibentuk melatih kanak-kanak

MERANGSANG MINDA SI KECIL



Merangsang otak si kecil


DAYA sensitiviti kanak-kanak sangat tinggi, menurut Dr. Mastura. Secara semula jadi katanya, kanak-kanak amat sensitif, mudah rasa takut, cepat marah dan selalu dilanda perasaan cemburu.

Antara sifat semula jadi kanak-kanak yang lain:

1. Perasaan ingin tahu yang tinggi. Itulah sebabnya kanak-kanak tidak boleh duduk diam dan meneroka sahaja apa yang ada di sekitar mereka. Mereka belajar melalui "first hand experience." Ibu bapa perlu melibatkan anak-anak dengan aktiviti pembelajaran tidak langsung secara praktikal.

2. Daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Ia bergantung pada umur kanak-kanak dan perlu dipupuk serta digalakkan. Daya kreativiti yang tinggi dapat menggarap potensi kanak-kanak menjadi seorang yang inovatif. Namun adakalanya kata Dr. Mastura, ibu bapa berpendapat anak suka berbohong. Tapi, sebenarnya mereka tidak berbohong sebaliknya berimaginasi.

3. Perkembangan bahasa yang cepat. Berlaku dengan pantas dan mereka mudah menguasai sesuatu bahasa asing jika digunakan setiap hari. Bahasa membantu kanak-kanak menyampaikan keinginan dan perasaan. Tindak balas yang positif dan cara komunikasi yang betul dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa yang dipelajari.

4. Kecenderungan menyusun dan membongkar barang. Apabila otot mula berkembang, kanak-kanak akan terdorong untuk mengumpul, menyusun barang-barang dan kemudian menyepahkan semula barang tersebut. "Kanak-kanak secara semula jadi tidak suka melihat barang yang tersusun rapi. Jika anak suka barang tersusun, mungkin dia ada masalah lain seperti autisme. Jadi, sekiranya ingin menyusun atau mengemas sesuatu barang, jangan lakukan di depan anak," kata Dr. Mastura.

Bagaimana menjana potensi

"Sebagai ibu bapa, jangan lupa menyimpan rekod perkembangan dan peningkatan anak," kata beliau.

Dalam pada itu, Dr. Mastura turut berpesan agar jangan membandingkan antara satu anak dengan yang lain kerana pastinya setiap individu itu berbeza pencapaian dan perkembangannya.

Yang penting katanya, kenal pasti kekuatan anak dan bantu mereka mengatasi kelemahan atau kekurangan yang dimiliki.

Selain itu kata beliau, jangan lupa berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak sepanjang masa.

"Untuk menjadi seorang ibu bapa yang responsif dan efektif, kita perlu mendengar luahan anak," katanya.

Juga perlu sentiasa puji dan beri anak galakan supaya mereka rasa dihargai.

"Jangan lupa memberi ganjaran seandainya anak berjaya namun jangan berlebihan," katanya.

Anak juga katanya perlu diberi peluang untuk berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa.

"Sebagai ibu bapa, tunjukkan tauladan yang baik kepada anak. Ingat, setiap perlakuan yang kita lakukan, sentiasa diperhati oleh anak dan tidak mustahil dia akan menirunya kelak," katanya.

Akhir sekali Dr. Mastura turut berpesan kepada ibu bapa agar menghormati dan hargai perasaan anak.

"Perkukuh pandangan anak terhadap potensi diri mereka. Jangan kita perlekeh usaha dan pencapaian mereka, tambahan lagi jika di depan orang lain," katanya.

"Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik terutama kanak-kanak. Barang siapa yang ditarbiah secara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat."

Sumber:Mingguan Malaysia; Ahad, 27 Disember 200
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my


BERMAIN MEMBENTUK ANAK CEMERLANG

HIDUP sebagai kanak-kanak dalam persekitaran hari ini nyata mencabar. Persaingan antara mereka cukup ketara terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam kelas.

Pada masa sama, ramai ibu bapa yang berasa kanak-kanak kini bukan saja perlu bijak belajar malah perlu membabitkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadikan mereka individu serba boleh.

Perunding Persatuan Terapi Permainan dan Ekspresif Selangor (Sapet), Andrew Ng berkata, dalam mengejar kepelbagaian tuntutan itu, ibu bapa mesti memastikan anak mereka dapat menggunakan potensi mereka sepenuhnya dengan memberi peluang bermain.

"Justeru, jadual yang seimbang dan terurus penting dalam gaya hidup kanak-kanak. Dengan menguruskan jadual anak dan memperuntukkan masa untuk tujuan tertentu, kanak-kanak akan lebih fokus kepada tugas yang perlu dilakukan," katanya yang juga Pengarah Play & Expressive Arts ini.

Menurut pakar psikologi perkembangan Piaget (1962), bermain merapatkan jurang antara pengalaman konkrit dan pemikiran abstrak.
Ia memperlihatkan kepentingan bagi kanak-kanak untuk belajar menerusi permainan, sama ada dalam bentuk permainan kreatif, sukan, riadah, seni, muzik, tarian, penceritaan, permainan boneka atau drama.

"Hakikatnya, ibu bapa perlu menguruskan masa anak mereka dan memasukkan aktiviti kokurikulum seperti bermain secara bebas dan bersukan dalam jadual mereka.

"Ini bertujuan menggalakkan kecemerlangan akademik serta perkembangan fizikal, mental, sosial dan pembangunan diri.

"Kita mengetahui kanak-kanak yang aktif dalam aktiviti fizikal seperti sukan dan permainan juga menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik. Hubungan ini terjalin menerusi pembangunan deria-motor ketika melakukan aktiviti fizikal, khususnya ketika bermain dan bersukan.

"Selain itu, kita mengetahui aktiviti fizikal dapat meningkatkan kemahiran matematik dan menggalakkan pembangunan fizikal kanak-kanak menerusi pertumbuhan otot, tulang dan sendi bagi membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya," katanya yang juga ahli panel sesi dialog Nestle(R) Milo(R) baru-baru ini yang membincangkan keperluan untuk memperuntukkan masa bermain melalui sukan dalam gaya hidup kanak-kanak.

Menerusi peruntukan masa untuk anak bermain setiap hari, menurutnya, ibu bapa menyediakan saluran yang baik untuk mereka mengasah bakat serta kemahiran fizikal dan mental anak masing-masing.

Kanak-kanak yang bersukan sering berhadapan dengan pelbagai pilihan dan keputusan mengenai cara untuk mengatasi sesuatu rintangan atau halangan. Mereka turut terdedah kepada keadaan untuk mengatasi sesuatu situasi mencabar.

Menurut Ng, semua itu memerlukan pemikiran kognitif, kreativiti dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Begitu juga dalam permainan, seseorang kanak-kanak bukan sahaja aktif secara fizikal, tetapi juga terbabit secara kognitif dalam banyak latihan mental.

Di samping itu, interaksi dalam permainan secara berkumpulan menerusi sukan akan menanam nilai seperti semangat setia kawan, saling menghormati antara satu sama lain dan patuh kepada peraturan permainan.

"Ini penting untuk pembangunan sosial kanak-kanak apabila mereka menghadapi situasi sama dalam persekitaran kerja apabila mereka dewasa.

"Ketika bermain, kanak-kanak juga terdedah kepada peluang yang membolehkan mereka belajar dan menemui ciri baru dalam diri mereka sendiri.

"Tahap kesedaran, pemahaman dan pembangunan diri sendiri dipertingkatkan menerusi pengetahuan yang lebih baik mengenai kekuatan dan kelemahan mereka, apa yang disukai dan tidak disukai, serta keupayaan sebagai seorang insan.

"Semua ini sedikit sebanyak akan membantu membentuk mereka menjadi insan yang peka, yakin dan sihat apabila dewasa," katanya.

Seperti yang ditekankan pendidik terkenal Friedrich Froebel (1782 - 1852) dari Jerman, kanak-kanak bermain bukan sekadar untuk bersukan, tetapi membawa banyak makna dan kesan.

Pengalaman selama bertahun-tahun sebagai pakar terapi membolehkan pendidik terbabit membuat kesimpulan permainan dan sukan sebahagian daripada pembangunan yang penting kepada pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak untuk menjadikan mereka individu serba boleh pada masa depan.

Sumber: Harian Metro Online

BBM TOPENG HAIWAN


[catmask.GIF]

Tuesday, February 2, 2010

PROGRAM RAKAN KU..

Program ini adalah satu program untuk memudahkan murid-murid mengecam dan mengenal abjad dengan cepat.
Setiap hari sebelum balik atau ada masa lapang tulis nama seorang murid di dalam kelas di papan white bord dan minta murid yang mudah lupa pada huruf menyebut huruf nama kawan karib mereka. Syukur alhamdulillah murid-murid yang berusia lima tahun dan enam tahun yang tidak pernah menjejakkan kaki kesekolah dalam masa 3 minggu boleh kenal huruf lain selain dari huruf abc  sahaja.kepada Rakan-rakan boleh cuba.. inshaallah.